Selasa, 23 Disember 2008

Pengenalan

"Assalamualaikum wbt
Syukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya terbinalah laman blog http://www.ikramah15.blogspot.com/ dimana salah satu daripada misi persatuan ini.Mudah-mudahan semua ahli Ikramah dapat memanfaatkan sepenuhnya informasi yang telah dan sedang dikemaskinikan ini.
Semua ahli keluarga diminta untuk bekerjasama dalam memberi apa jua maklumat yang berkaitan dengan aktiviti keluarga untuk dimasukkan ke dalam blog supaya dapat memberi informasi serta maklumat terbaru kepada ahli.
Buat masa ini kebanyakkan ahli keluarga kita tidak mempunyai kemudahan ICT maka blog ini tidak semestinya menjadi yang terbaik kerana untuk menndapatkan maklumat atau memberi maklumat sangat terbatas. Bagaimanapun blog ini akan menjadi rujukan dikalangan generasi ahli Ikramah kepada ratusan atau lebih daripada itu, memandangkan pada zaman itu penggunaan ICT begitu meluas mungkin keluarga kita bermastautin diperantauan ketika itu."
Marilah kita sama-sama berdoa agar IKRAMAH dapat menjadi penyambung warisan keluarga ini.

Definasi

Definasi Ikramah adalah sebuah persatuan keluarga yang di anggotai oleh semua ahli keluarga yang terdiri di kalangan adik beradik,menantu,anak buah,cucu sama ada lelaki dan perempuan.

Salasilah keluarga telah bermula apabila wujudnya persatuan
Ikramah yang dirasmikan pada tahun 2003 oleh Ibunda kita, Che’Mah. Singkatan IKRAMAH adalah yang bermaksud Ikatan Keluarga Rasani dan Che’Mah .